Sabar bermaksud kuat
menahan penderitaan, tidak putus asa dan tidak lekas marah. Sabar menempuhi
dugaan hidup. Sabar adalah sebahagian daripada iman (AthThirmibinBaihaqi), mana
kala ikhlas merupakan hati yang bersih dan jujur. Kedua-dua fenomena tersebut
berpang kal daripada hati norani seorang insan. Pada diri manusia itu ada
segumpal darah. Kalau ia baik maka baiklah seluruh amalan manusia tetapi
jika ia tidak baik maka rosaklah segala amalan seseorang itu. Segumpal darah
yang dimaksudkan ialah “hati”. (Hadith Sahih).
Asal arti sabar itu
ialah, menahan diri dari melakukkan tegahan syarak. Setengah Ahli Hikmat
mengatakan: Sabar itu adalah tiga macam: satu, meninggalkan sungutan, dua,
menerima ujian, dan tiga ialah benar-benar reda (rela)
Kalau kamu sabar
menghadapi berbagai-bagai ujian, tabah menghadapi bala’ dan malapetaka yang
menimpa ke atas harta dan diri kamu, serta tahan tidak menghiraukan ejekan,
celaan dan gangguan orang-orang Ahli Kitab dan musrikin, di samping itu tetap
pula bertakwa kepada Allah – terus menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya – sesungguhnya kesabaran dan takwa kamu itu setepat-tepat tadbir,
iaitu daripada perkara yang mesti dijadikan keazaman tiap-tiap seorang, kerana
ternayata mengandungi keistemewaan dan kehormatan.
sabar itu lembut enak diucapkan indah didengar menyejukkan hati tapi sulit mewujudkannya perlu kekuatan untuk mendekapnya.
baguslah sudah punya blog bisa nambah wawasan, update terus ya...
BalasHapus